KLIK...KLIK

hot...hot...hot..!

Thursday, January 13, 2011

Merasa gak amik report kad anak...

dah lama rasanye tinggal zaman sekolah...'shadap not shadap' dah dekat 14 tahun tak jejak kaki gi sekolah...report kad, lagilah lama tak amik kesah

umur anak baru 3 thn...sekali tu dpt jemputan dr taska..suh amik rekod perkembangan kanak-kanak . samalah maknenye amik report kad..apelagi..tak tido malam le saya dok pk mcm manalah perkembangan kyra dari pemerhatian cikgu2...tapi kalau saya, ntah...



sebenarnya yg lebih teruja adalah si bapa...dari kul 9 pagi dah bertalu2 call saya ingat pasal amik report kad...*teruja*

dalam dok menunggu giliran...saya dok perhati keliling kelas kyra...kat dinding2, buku2, alat2 mainan...pastu terpandanglaa satu sudut 'sentuhan kreatif'...tak byk hasil kreatif yang ada tampal kat situ..saya tanya cikgu, nape sikit je..cikgu jawab..yg cantik jelah yg kena tampal..

sekali tu...i rasa teruja lagi...wink wink..dlm 10 keping ada terselit sentuhan kreatif kyra .... tadaaaaa...errrmmm....cukup cantik la ni kan...umur baru 3 tahun, what you expect more than this????



lama gak tunggu..masing2 rasa tak puas dgr cikgu cerita pasal keletah anak kan...so, bila sampai giliran beedarling...muncullah kyra


"mama dgn abah buat ape jumpa cikgu yaya????"....hahahahha, takut-takut..!



cikgu serahkan fail aktiviti kyra...dah gelak lak rasa...nampak tak pic dia mewarna guna baju plastik...lawak-lawak


nilah antara hasil kreativiti kyra....



ok, ini rekod perkembangan kyra...moh saya taip sikit ape yg cikgu dia nilai sepanjang dia dikelas 2-3 tahun...

Fizikal : kemahiran motor halus dan kasar kyra mengikut perkembangan normal (alhamdulillah). Ini dpt dilihat apabila dibawa bermain dipadang/playground. cth : berlari, melompat, menulis, mewarna.

Sosio Ekonomi dan kerohanian : Kyra masih boleh bergaul dengan baik tetapi masih perlu meningkatkan kemahiran pergaulannya apabila bermain bersama rakan sebaya (anak tunggal mmg selalu mcm ni kot)

Bahasa dan Literasi awal : Walaupun pertuturan kyra agak pelat tetapi masih boleh difahami. Kyra juga amat aktif dalam mengambil bahagian ketika aktiviti perbualan pagi. cth, bercerita tentang apa yang dibawa ke taska (patutla habis sikat/brg rumah mama dia bawak pi taska, rupanya nak citer kat sekolah..kak nam betul!)

Pra Matematik dan Logik : Selalu minta guru bacakan buku cerita berulang kali dan akan menerangkan kepada rakan lain...(Kak nam..biasalah)..........kyra juga boleh mengira 1 hingga 10 walaupun masih belum tahu akan nilainye...(skang dia dah tau nilai semua...mama dia dah ajar, kan!)

Estetika dan Kreativiti : Kyra boleh menyanyi dan menari. Kyra juga boleh melukis dan mewarna mengikut kreativiti sendiri

Sensori dan pemahaman Dunia persekitaran : Amat peka dengan persekitaran diluar terutama apabila dibawa keluar cth: akan bertanya tentang apa yang didengar dan dilihat disekelilingnya (oowwh...itu biasa!)

Catatan tambahan : Kyra merupakan seorang kanak-kanak yang AKTIF. Adakalanyakyra juga akan menjadi seorang yang sensitif (tu time dia ngada-ngada laaa)

OKLAH TU...SIKIT2 KEKURANGAN ADATLAH....PERKEMBANGAN ANAK-ANAK TAKKAN SAMA...KDG2 ADA YANG CEPAT DAN ADA GAK YANG LAMBAT. TAKAT NI KYRA TERGOLONG DLM GOLONGAN YANG CEPAT LA GAK..KALAU KIRA BULAN, KYRA ANTARA BUDAK YANG MUDA DLM KELAS TU..TAPI DIA BOLEH BERGAUL IKUT PERKEMBANGAN NORMAL...ALHAMDULILLAH

CIKGU PUN ADA PUJI, DIA SENANG DIAJAR...CTH UMUR 2 TAHUN DIA DAH TAK PAKAI PAMPERS..AJAR MENYANYI CEPAT JE HAFAL...SURUH ITU INI DIA BUAT CEPAT...DAN KYRA JUGA SUKA PERSAINGAN...NAK MENANG SELALU! TU YANG SERONOK DGR TU...



ondway balik, saya intai dia kat bilik makan....alaaa...ciannye...kecik2 dah independent...makan sendiri, basuh tangan sendiri, basuh pinggan pun kdg2 buat sendiri...

as her mama, I don't hope more than this...asalkan perkembangan dia normal...itu dah cukup...cuma sape yg taknak anak tu bijak, cerdik, pandai kan....terlalu awal kita nak nilai pasal tu...skang ni dia tgh membesar...mintak dia sihat dan boleh join their group make some activities...tu dah cukup..at least dia tak murung dan ketinggalan! tapi kat rumah...saya still ajar dia...esp 1,2,3...ABC...dan Iqra...itu wajib!

1 comment:

CidaZam said...

bagusnya sekolah kyra.... aku pun nak anta laki aku kat sana la... wakakak akukan nan ado anak. Bagus la semua dia bagi. so as parents tentu saja kita senang ati.

She can do. Dont worry to much ok!