KLIK...KLIK

hot...hot...hot..!

Friday, March 19, 2010

Doa untuk anak...

untuk entry kali ni... kira mcm tazkirah laa...elok lak tu saya publish hari jumaat...apepun saya nak bg 5 star kredit untuk ujie..kerana dengan ikhlasnya berkongsi sedikit amalan dengan saya

kerana dia juga ibu...saya tahu..dia seperti saya...sentiasa risau dengan perkembangan anak2..nak-nak saya ni..yg setakat hari ni cuma ada kyra seorang...dialah kasih sayang, dialah kehidupan dan dia ibarat tangkai nyawa saya...sejak pertama kali kyra dalam pelukan saya...saya mula berjanji...saya takkan sia-siakan dia...sepenuh jiwa dan raga saya hanya untuk dia..kerana dia adalah anak saya...!

ingat lagi kan entry lepas..pasal kes bayi2 malang tu....kalau direnungkan kembali..semuanya bermula dengan didikan...dan dengan didikan yg berpandukan dengan agama jugalah..manusia itu menjadi benar2 manusia...tidak hanya menurut arahan syaitan dan sentiasa memperingatkan diri dengan akibat dan balasan dari Allah swt...

dan saya juga ingin berkongsi amalan ini kepada semua rakan2....untuk sama2 mengamalkannya....mudah2an Allah sentiasa memberkatinya....

......................................................................................................

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya
.....................................................................................................

marilah kita amalkan bersama...sebagai ibu bapa, selagi terdaya...kita mesti melakukan yg terbaik untuk anak-anak kita...jangan terlalu taksub dengan pendidikan je...pegangan agama jangan diabaikan...Insyaallah...selamat dunia dan akhirat..!


Nur Khaira Mardiha yang bermaksud Cahaya yang banyak kebaikan/kemuliaan terpuji

Thanks ujie....my becok friend with great heart!


p/s : saya tak tau ujie dapat info ni dari mana...seandainya isi entry ni sama dengan mana2 entry...maafkan saya...itu hanya kebetulan...saya takde niat mencedok/meniru apetah lagi mengcopy paste...tujuan saya hanya ingin berkongsi ilmu...



2 comments:

Cik Yayang said...

Thanks for sharing..
Satu perkongsian yg sangat2 bagus..:-)

mulan said...

thanks bee...share ngan kwn2...

actually, info ni aku dpt dari ustaz Harun Din...di laman facebooknya...kakak aku yg bg info ni...