KLIK...KLIK

hot...hot...hot..!

Wednesday, February 16, 2011

Jom BerbekaM!!!!!!!!!!

wahhh...tajuk takleh blah!!!!!!...mcm lah aku dah berbekam....

korang pernah berbekam....aku mmg tak pernah laaa...tapi baru2 ni asben dah try....dia sgt2 rasa puas hati...terus suh beedarling buat entry pasal bekam...gigih le si bini xplore semua artikel pasal bekam....

jom...nak share dgn korang pasal bekam...seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim " SEBAIK-BAIK PERAWATAN ADALAH DENGAN BERBEKAM"

Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan Sahabat RA, Rasulullah SAW mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik samaada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis.

Bekam adalah istilah dalam Bahasa Melayu dengan makna ‘Buang Darah’ atau ‘Buang Angin’. Dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘cupping’ manakala dalam bahasa ARAB dipanggil ‘al Hijamah’ (الحِجَامَة). Caranya dengan mengeluarkan kumbahan darah atau darah kotor yang mengandungi toksid yang boleh merosakkkan badan daripada permukaan kulit

Toksid adalah endapan racun (zat kimia sintetik) yang tidak boleh ditapis oleh tubuh dan ia boleh dikatakan ada pada setiap tubuh manusia. Ia berasal daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, perisa makanan, pengawet, penaik makanan, sayuran yang disembur racun ., binatang ternakan yang dicucuk, gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, menagih dadah dan mengamal ubat-ubatan kimia (sintetik) yang mengandungi dadah. Bekam sangat sesuai untuk menghilangkan toksid, membetulakan system imuniti seseorang dan menyembuhkan penyakit.

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Oleh kerana amalan berbekam ini semakin dilupakan orang dan pembekam semakin berkurangan, mari kita lihat sedikit sebanyak hikmah berbekam :

KENAPA BERBEKAM ?

Hikmah daripada bekam sangat banyak diantaranya seperti berikut :

1) Sunnah Rasulullah SAW
2) Sebaik-baik doctor
3) Kesihatan
4) Dakwah
5) Menggalakkan manusia mengamalkan sunnah
6) Ekonomi
7) Kesembuhan

BEKAM DARI SUDUT KESIHATAN

Masalah peredaran darah boleh terganggu dengan berbagai keadaan antaranya ialah:

1) Oksigen yang berkurangan menyebabkan berlakunya kecacatan pada sel-sel darah merah yang dinamakan ‘darah kotor’. Darah kotor akan terpendam di bawah kulit (scurf rim) menyebabkan system imuniti merosot. Bagi mengeluarkan darah kotor ini kaedah yang paling baik ialah berbekam. Titik bekam perlu diteliti dengan cermat agar kesembuhan boleh berlaku.

2) Allah menciptakan didalam tubuh manusia suatu medan yang dinamakan Medan Elaktromagnet (MEM) yang berperanan membetulkan neutrotransmiter (penghantar signal saraf) dan precursor hormon. Sekiranya MEM ini terganggu maka akan mengganggu kestabilan system hormon, system saraf dan system imuniti tubuh. Ini juga akan menyebabkan hormone kortisol bertambah dan berlakunya penuaan, menurunnya hormone testosterone, anti pertumbuhan dan kekurangan insulin. Ketidakseimbangan hormon yang berlaku pada tubuh ini menyebabkan peredaran darah juga terganggu kerana aliran darah ditentukan daripada kerja hormone dan diaktifkan melalui penyelarasan MEM. Di antara cara yang paling baik untuk membetulakan MEM ialah dengan berbekam.

3) Menghilangkan racun didalam tubuh manusia samaada dalam bentuk zahir atau batin (sihir). Ini jelas terbukti apabila perkara ini mengenai batang tubuh Rasulullah SAW yang sangat mulia.

Kisah pertama: Rasulullah termakan racun yang diletakkan oleh seorang wanita yahudi ke dalam daging kambing yang dihidangkan pada Rasulullah SAW dan sahabat di Khaibar. Rasulullah SAW di bekam di ‘Kahil’ sebanyak 3 kali.

Kisah kedua : Rasulullah terkena sihir yang dikirimkan seorang yahudi yang bernama Labid Al A’som dengan menanam alatan sihirnya seperi rambut, sikat dan beberapa bekas ke dalam perigi. Rasulullah SAW seolah menjadi pelupa atau tidak ketahuan sehinggalah ALLAh mengirim dua malaikat memberitahu perkara tersebut kepada Baginda. Kemudian Rasulullah berbekam di kepala di samping beliau membaca Rukyah (Ayat-ayat pelindung).

4) Suhu cuaca yang terlalu panas akan menyebabkan darah dalam tubuh manusia tidak stabil. Adakalanya ia akan naik ke kepala menyebabkan kesakitan di kepala. Lebih-lebih lagi bagi tubuh mereka yang mempunyai banyak toksid kerana ia akan menyebabkan penyumbatan dalam aliran darah (blood secretion) dan akan mengganggu kesihatan seseorang. Antaranya kesannya akan berlaku kemalasan, murung, lenguh-lenguh badan, sakit sendi, emosi terganggu serta akan mendatangkan penyakit-penyakit yang lain seperti darah tinggi, kencing manis, gout dan lain-lain. Maka bekam adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk menstabilkan peredaran darah.

Al hijamah/ Bekam adalah perubatan Islam yang selalu di amalkan oleh Rasulullah SAW sehingga menjadi satu Sunnah.

Mengapa pula kita orang islam yang sepatutnya mewarisi perubatan ini tidak mahu mencuba, beramal & memperkenalkannya sebagai perubatan pelengkap disamping mendapat rahmat dan berkat daripaa ALLAH Taala

Marilah kita kembali menghidupkan sunnah Rasul SAW, sebagaimana beliau bersabda.


“ Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku, sesungguhnya dia mencintaiku, barang siapa mencintaiku, sesungguhnya dia bersamaku di dalam surga.”

(HR Abu Daud )

Disamping faktor kesihatan pada bekam, factor yang paling penting dan utama ialah terdapat cirri ibadah sehinggakan para malaikat Allah sendiri menganjurkan kita semua supaya berbekam.

ok, harap korang boleh paham artikel ni...kredit to blog My_Destination

baru buat 3 hari...nampak asben selesa laa...sebelum ni dia kerap sakit tengkuk, sakit kepala, cepat penat, takde selera makan dan susah nak tido..alhamdulillah lepas berbekam ni...adalah perubahan...badan pun rasa segar jeeee...

mcm tak caya, tapi tulah realiti...darah yg mengalir masa asben berbekam nampak bintik2 mcm buih dan berminyak....pastu org yg buat bekam tu ckp...tulah lemak dlm darah...(kolesterol)

insyaallah..lepas ni maybe rawatan mcm ni jadi amalan...


inilah bekas-bekas bekam tu.....aku tgk mmg ngilu...tapi asben selamba jee...siap suh garu lagi....eeeyyy...tak koser teman...!

sape2 yg teringin nak buat..bolehlah call Haji Nazri 017-6561201...kat Taman Bernam...yg pompuan nak buat pun boleh...tapi isteri dia la buat...korang jgn tanya aku lak...aku pun belum try lagi....

tapi mmg teringiin nak buat...harga tak reti lak aku nak ckp sebab dia tgk gak masalah korang...kalau byk cup yg kena...banyak le cajnye...tapi asben haritu kena dlm rm50 je....

ni sunnah rasul kita...moh ikut...jgn dok pk nak ikut amalan kawen 4 je yop!

2 comments:

Jujurara said...

berbekam 2 sakit x?
pernah gak nak try buat bekam nie.
dgr org kate best.
tapi takud la nak buat.
ngeeee..:)

MahaSayang said...

ntah..taktau nak ckp...tp asben kata ada rasa ngilu2 la sikit masa berbekam tu....tapi kesan lepas berbekam mmg best....asben segar dan rasa sihat...u try la buat, pastu share mcm mana rasa ye...sebab i pun nak buat dok pk byk kali ni...heheheh...