KLIK...KLIK

hot...hot...hot..!

Thursday, October 27, 2011

Rindu aku pada abah, takkan berhenti

Untuk sekelian kalinyee....aku terkenangkan abah...


hari ini 27-10-2011...ulangtahun kelahiran abah ke 69. Aku tahu ada yg tak suka dengan cara aku mengingati abah...apepun nasihatnye, aku pasrah je....dari segi hukum, aku yakin..aku tak berdosa mengingati abah sampai bila2...

sampai hari ni aku masih mengira hari2 pemergian abah....bukan niat utk memuja atau mengharap abah kembali..itu terlalu mustahil dan takkan berlaku...aku sekadar mengingati diri sendiri...agar lebih berhati2...kerana hidup aku skang tanpa abah...

ada jugak yang nasihat tak bg aku ckp 'kalau abah ada...'...kononnye perkataan 'kalau' ibaratkan kita tak redha...terpulanglah ape jugak pandangan dan idealogi memasing...perkataan 'kalau' adalah menguat semangat aku...sekurang2nyee....abah ada dlm hati...

aku bukan jahil mengingati abah...yang terdaya aku mengingatinye hanya dengan alfatihah, doa dan bacaan yassin..setiap kali nak tido....aku berharap abah hadir dlm mimpi aku....walau sekalipun abah tak pernah hadir namun aku tetap berharap...

hari ini, ulangtahun kelahiran abah ke 69...tak perlu ek...tak perlu kira umur dia kan???? yeppp..aku tau...siapa yang pernah melalui ape yang aku rasa saat ini pasti paham dengan situasi aku...dan mungkin jugak situasi kita tak sama...yang pasti, aku sekadar anak yang tak mampu membalas jasa2 abah kecuali mengingati dia dalam saat suka mahupun duka...

bila diingat2 balik...liku2 kehidupan abah....aku rasa abah kuat.....sentiasa berusaha, berikhtiar untuk pastikan kehidupan kami sekeluarga terjamin...terima kasih di atas ape jua yang telah abah korbankan....



Lagu:Lelaki

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini

Tuhanlah yang maha ESA


ya allah, kepadamu aku memohon, kau ampukanlah dosa2 abah, cucurikan rahmat keatas roh abah, tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman.....aku sayang abah..rindu aku pada abah takkan berhenti dan ingatan aku pada seorang lelaki yang paling aku sayang akan terus segar sampai bila2...ALFATIHAH

...............................................................................................................................
P/S : sampai hari ni aku teringat kata-kata abah....."bila rasa diri disayangi...rasa nak hidup seribu tahun lagi..."



--

1 comment:

joijoi80 said...

x salah mengingati... sesetgh org berkata kalo kita lupakannya tu yg kadang2 hadir dlm mimpi kita dgn tidak berkata. itu tandanya dia mengingatkan kita , bahawa kita dah melupakannya..sebab itula kita kena rajin bersedekah utk si arwah..
apak saya pun dah 18 thn pergi..tp still dlm ingatan...walaupun jarang menziarahi pusaranya tp yg penting sedekahkan ayat suci utknya