KLIK...KLIK

hot...hot...hot..!

Tuesday, November 11, 2008

Happy Birthday, Kyra

Selamat hari lahir, Nur Kyra Mardiha....
hari ini...11/11/2008..kyra dah genap setahun...paling menggembirakan bila kyra dah mula berjalan..waahhh..teruja aku tgk..dah mcm2 kepandaian baru dia skang ni..
pagi tadi..bangun je tido aku nyanyikan dia lagi happy besday...yelah..baru setahun kan..terpinga2 dia..tak paham lagilah tu...

so, plan ngan suami nak celebrate kat mana..?? tg malim..ape yg ada?? KFC???...mmm...kita gi rawang lah petang ni..jalan2..OK!

kyra,
mama dan abah sgt2 sayangkan kyra..walau apepun yg terjadi, kyra tetap anak sulung mama...mama dan abah bertanggungjawab sepenuhnya membesar dan mendidik kyra supaya menjadi anak yg berguna, anak yg akan menjadi pelindung mama dan abah satu hari kelak...

kyra,
mama panjatkan doa agar kyra sentiasa memperolehi keberkatan, kesihatan, kesejahteraan dalam menghadapi kehidupan yg seterusnya...supaya Allah panjang umur kyra, mohon Allah menganugerahkan kecerdikan dan kepandaian agar kyra dapat memikirkan dan membezakan baik dan buruk sesuatu perkara dan Allah limpahkan rasa kasih sayang antara kita agar kita terus bahagia sekeluarga...

kyra,
mama sangat2 bersyukur dengan kehadiran kyra...terima kasih kerana menyinarkan lagi kebahagiaan mama dan abah...dan kyra telah mengeratkan lagi kasih sayang kami...terima kasih kyra...dan percayalah...kyra tidak keseorangan didunia ini..kyra tetap ada mama dan abah...semoga Allah terus memelihara kasih sayang kita...InsyaAllah..

2 comments:

Suki Cida said...

kyra perlu baca ni kalau dia besar...

ok aku dah get emosi kat sini, wish macam tu je dah sebak... kasih seorg makkan? harapan nak anak menjadi seorg yang bergune :)

Dengan didikan agama, dan kasih sayang mama dengan abah insya Allah kyra jadi anak yang soleha.

Auntie pun sayang kyra... selamat hari jadi...

-: Fara_Lan :- said...

Selamat Hari Lahir Kyra
Cantik la tarikh lahir Kyra.. senang nak ingat kan