KLIK...KLIK

hot...hot...hot..!

Friday, January 2, 2009

Semua Patut Bersyukur

Dalam dunia ini semuanya sementara..baik dari segi material, fizikal hingga ke mental..semuanya milik Allah yang Masa Esa...sebab tu aku patut bersyukur...Syukur....Alhamdulillah....antaranya;

1. Aku bersyukur kerana lahir didunia ini sebagai ISLAM...satu agama yang suci...
2. Aku bersyukur sebab aku dilahirkan sempurna dari aspek fizikal dan mental...dan selalu meredhai kejadian Allah terhadap aku..
3. Aku bersyukur mempunyai mak dan abah yang sgt menyayangi aku
4. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang abang, kakak dan adik....complete!
5. Aku bersyukur kerana aku sihat...tak dihidapi penyakit2 kronik..mudah2an berterusan...
6. Aku bersyukur kerana dijodohkan suami yg sgt menyayangi aku...Mahathir..menerima aku seadanya...
7. Aku bersyukur dengan kehadiran Nur Kyra Mardiha...permata hati..
8. Aku bersyukur kerana berkerjaya...sekurang2nya aku tak bebankan suami
9. Aku bersyukur kerana bekerja di bidang kewangan...membuatkan aku selalu menghargai titik peluh ku sendiri
10. Aku bersyukur kerana mempunyai mak mertua yg sgt sporting, baik...dan tak cerewet
11. Aku bersyukur kerana mempunyai ipar2 yg baik hati
12. Aku bersyukur memiliki seorang anak perempuan yg comel..membuatkan aku rambang mata beli skirt, gaun dan byknye pilihan...
13. Aku bersyukur kerana dapat tamatkan pengajian...
14. Aku bersyukur kerana mak dan abah menamakan aku dengan nama SITI NURBAYA....ramai org tanya..awak org indon ke..NO! semua tu gara2 abah aku yg minat sgt citer tu...
15. Aku bersyukur mempunyai anak buah yg ramai..membuatkan aku beringat sebab nak bg diaorg duit raya...
16. Aku bersyukur hidup aku penuh dengan kasih dan sayang.
17. Aku bersyukur aku tak perlu pakai pendakap gigi..
18. Aku bersyukur kerana meminati Siti Nurhaliza....dan aku tak minat Britney sebab dia byk citer yg tak elok..
19. Aku bersyukur kerana tak suka make up..demi untuk kesihatan akan dtg..dan suami aku tak perlu tunggu lama utk aku bersiap
20. Aku bersyukur sebab aku dan suami bukan penagih dadah/rokok dan alkohol
21. Aku bersyukur kerana suami tidak mempunyai tabiat membazir pd kereta...
22. Aku bersyukur mendapat suami yg berkemahiran...byk boleh jimat...
23. Aku bersyukur kerana aku anak pesara polis...dan mak pula pandai berzanji...
24. Aku bersyukur mak pandai jahit langsir...mak selalu offer utk sponsor langsir kalau nak raya..baguskan...,mak pun cekap bawak keta tau
25. aku bersyukur kerana memiliku jari yg runcing..senang nak cari cincin yg sesuai
26. AKu bersyukur...dapat boss yg sgt sporting...dan baik hati...
27. Aku bersyukur sebab kyra tak suka main anak patung, teddy bear....dan yg dia suka hanya bola...kedai RM2 senang didapati dimana-mana
28. AKu bersyukur sebab tak duduk KL..sekurang2nya aku boleh bgn kul 7 pg utk ke tempat keje...takde le hadap kesesakan lalulintas
29. Aku bersyukur sebab ada suami....
30. Aku bersyukur kerana apepun aktiviti yg aku lakukan...badan aku masih mengeluarkan peluh..bermakna badan aku berfungsi dengan baik mengeluarkan toksin
31. Aku bersyukur kerana mempunyai abang yg berprofesion dlm bidang pelancongan...byk tempat aku dah tau...untuk melancong
32. AKu bersyukur..kad kredit aku belum sampai limit...
33. Aku bersyukur kerana meminati baju kurung...takdelah mahal nak tempah baju
34. Aku bersyukur kerana aku selalu bersyukur
35. Aku bersyukur ada org jeles dgn aku...itu menunjukkan aku lebih hebat dari dia..kalau tak nape dia nak jeles dgn aku kan
36. Aku besyukur kerana aku minat makan Spagheti dan Laksa...makanan itu terlalu senang untuk disediakan...
37. Aku bersyukur sebab minat minuman Teh O....at least, aku boleh kurangkan manisan susu
38. Aku bersyukur mempunyai adik dan adik ipar perempuan...senang nak berunding
39. Aku bersyukur sebab suami berkongsi minat yg sama dgn aku...Melancong!
40. Aku bersyukur sebab korang masih baca ape yg aku syukuri ini...
41. Aku bersyukur kerana dilahirkan di Pontian...kalau tak..aku tak tau sama ada aku akan kesana atau tak
42. Aku bersyukur sudah memiliki rumah sendiri...tak payah sewa lagi
43. Aku bersyukur ada 2nd car...Kancil..sgt berguna
44. Aku bersyukur sebab aku dah ada blog sendiri....
45. Aku bersyukur sebab tak allergic dgn seafood...sedap hape...rugi sape tak makan
46. Aku bersyukur dapat jiran org melayu...sebab aku cepat panas hati dengan bunyi salakan anjing..tapi aku bukan racist ok!
47. Aku bersyukur sebab berkulit putih...aku boleh sesuka hati memilih warna baju...
48. Aku bersyukur sebab memiliki muka yg tembam...itu faktor utama suami aku jatuh cinta pd aku..
49. Aku bersyukur..mak abah setuju dengan kehidupan aku sekarang
50. Aku bersyukur rumah aku ada org sewa...dan penyewa itu sgt baik...menjaga rumah aku seakan rumah dia sendiri..aku tak perlu risau
51. Aku bersyukur..suami bercita-cita nak belikan aku broandband celcom...itu sgt baik
52. Aku bersyukur suami sgt alert dgn tarikh2 istimewa...besday, anniversary...
53. Aku bersyukur kerana menjadikan pulau tioman destinasi honeymoonku yg pertama...sgt romantis...
54. Aku sgt bersyukur...suami sgt rajin...membantu tugas aku sebagai isteri..suami juga bijak menjadi pelbagai watak selain suami..dia juga kawan, teman dan sahabat yg paling setia
55. Aku bersyukur kerana boleh memandu....dan lulus ujian dengan sekali amik je..hebat kan
56. Aku bersyukur kerana kyra panggi aku amma...walaupun dah byk kali aku ajar...mama...lah..at least...dia kenal aku...
57. Aku bersyukur kerana ada adik ipar yg mahir dalam bidang kecantikan...dia dah ada salon sendiri..so, tak perlu risau lagi..treatment rambut, rebonding dan facial boleh dibuat dirumah sahaja...
58. Aku bersyukur mak mertua aku pandai buat rendang kelagi-lagi...tiap raya menjadi santapan aku..dan mak mertua aku pandai urut..lenguh2 badan..terseliuh...hulur je kat dia
59. Aku bersyukur..dapat member seunit yg sehati dgn aku...
60. Aku bersyukur Lisda dan fauzi menang sehati berdansa...diaorg mmg best kan...
61. Aku bersyukur Adik aku...dah jadi cikgu...
62. Aku bersyukur aku pernah di anugerahkan sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...at least ada yg menghargai segala penat lelah aku
63. Aku bersyukur sebab besday suami aku..26/3...time tu baru dpt gaji...
64. Aku bersyukur sebab aku bukan peniaga tegar..walaupun aku tau rezeki byk dlm bidang perniagaan tapi aku tak minat
65. Aku bersyukur mak jadi ahli zhulian...so, aku dpt beli dengan harga ahli je..dan aku tak allergic pakai brg zhulian tu
66. Aku bersyukur sebab Aku org Melaka...seangkatan dengan Rosyam Nor dan Remy Ishak...perghh
67. Aku bersyukur sebab pernah pegi Bali...percutian hebat yg pernah aku pegi..selain ke Singapura...15 tahun dulu
68. Aku bersyukur sebab datuk dan nenek sebelah mak aku berdarah cina...at least aku bermata sepet dan berkulit putih
69. Aku bersyukur kerana aku bertudung...perkara asas dlm ibadah aku...
70. Aku bersyukur bila kyra dah byk tumbuh gigi...tak perlu aku masak bubur pagi2 lagi...
71. Aku bersyukur sebab duduk kat Opis 3...aircond sejuk...rasa mcm dok kat kutub je
72. Aku bersyukur sebab aku dan suami satu tempat keje...kemana2 bersama...akan dtg..anak aku pun akan ke taska tempat aku keje...jadi kami ber3...bersama2 sentiasa
73. Aku bersyukur kerana menghadiri kursus induksi 5 tahun dulu...disitulah aku jatuh cinta
74. Aku bersyukur kerana membayar yuran ahli kelab bendahari...boleh join hari keluarga
75. Aku bersyukur kerana cida dah nak tunang + kawen tahun ni...takdelah kawan aku yg akan jadi andartu
76. Aku bersyukur kerana masih tidak membuat ape2 pinjaman peribadi
77. Aku bersyukur kerana dilindungi insuran MCIS dan Takaful...thanks dear...tlg bayarkan..
78. Aku bersyukur menjadi perempuan..boleh pakai tudung, pakai lipstik dan pakai kasut heel tinggi2...
79. Aku bersyukur...tempat keje aku byk melayu...dan sekali lagi..aku bukan racist!
80. Aku bersyukur kerana korang berjaya habiskan bacaan kesyukuran aku ni...sebenarnya byk lagi yg perlu aku syukurkan...cuma...biarlah kita sendiri menghargainya...

Andaikata aku diuji dan salah satu dari nikmat di atas ditarik, atleast aku masih ada 79 perkara untuk disyukuri. Kongsi kesyukuran korang kerana kesyukuran korang mampu jadi inspirasi untuk orang lain. So, apa yang korang syukuri?


No comments: