KLIK...KLIK

hot...hot...hot..!

Friday, January 2, 2009

Semua Patut Bersyukur

Dalam dunia ini semuanya sementara..baik dari segi material, fizikal hingga ke mental..semuanya milik Allah yang Masa Esa...sebab tu aku patut bersyukur...Syukur....Alhamdulillah....antaranya;

1. Aku bersyukur kerana lahir didunia ini sebagai ISLAM...satu agama yang suci...
2. Aku bersyukur sebab aku dilahirkan sempurna dari aspek fizikal dan mental...dan selalu meredhai kejadian Allah terhadap aku..
3. Aku bersyukur mempunyai mak dan abah yang sgt menyayangi aku
4. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang abang, kakak dan adik....complete!
5. Aku bersyukur kerana aku sihat...tak dihidapi penyakit2 kronik..mudah2an berterusan...
6. Aku bersyukur kerana dijodohkan suami yg sgt menyayangi aku...Mahathir..menerima aku seadanya...
7. Aku bersyukur dengan kehadiran Nur Kyra Mardiha...permata hati..
8. Aku bersyukur kerana berkerjaya...sekurang2nya aku tak bebankan suami
9. Aku bersyukur kerana bekerja di bidang kewangan...membuatkan aku selalu menghargai titik peluh ku sendiri
10. Aku bersyukur kerana mempunyai mak mertua yg sgt sporting, baik...dan tak cerewet
11. Aku bersyukur kerana mempunyai ipar2 yg baik hati
12. Aku bersyukur memiliki seorang anak perempuan yg comel..membuatkan aku rambang mata beli skirt, gaun dan byknye pilihan...
13. Aku bersyukur kerana dapat tamatkan pengajian...
14. Aku bersyukur kerana mak dan abah menamakan aku dengan nama SITI NURBAYA....ramai org tanya..awak org indon ke..NO! semua tu gara2 abah aku yg minat sgt citer tu...
15. Aku bersyukur mempunyai anak buah yg ramai..membuatkan aku beringat sebab nak bg diaorg duit raya...
16. Aku bersyukur hidup aku penuh dengan kasih dan sayang.
17. Aku bersyukur aku tak perlu pakai pendakap gigi..
18. Aku bersyukur kerana meminati Siti Nurhaliza....dan aku tak minat Britney sebab dia byk citer yg tak elok..
19. Aku bersyukur kerana tak suka make up..demi untuk kesihatan akan dtg..dan suami aku tak perlu tunggu lama utk aku bersiap
20. Aku bersyukur sebab aku dan suami bukan penagih dadah/rokok dan alkohol
21. Aku bersyukur kerana suami tidak mempunyai tabiat membazir pd kereta...
22. Aku bersyukur mendapat suami yg berkemahiran...byk boleh jimat...
23. Aku bersyukur kerana aku anak pesara polis...dan mak pula pandai berzanji...
24. Aku bersyukur mak pandai jahit langsir...mak selalu offer utk sponsor langsir kalau nak raya..baguskan...,mak pun cekap bawak keta tau
25. aku bersyukur kerana memiliku jari yg runcing..senang nak cari cincin yg sesuai
26. AKu bersyukur...dapat boss yg sgt sporting...dan baik hati...
27. Aku bersyukur sebab kyra tak suka main anak patung, teddy bear....dan yg dia suka hanya bola...kedai RM2 senang didapati dimana-mana
28. AKu bersyukur sebab tak duduk KL..sekurang2nya aku boleh bgn kul 7 pg utk ke tempat keje...takde le hadap kesesakan lalulintas
29. Aku bersyukur sebab ada suami....
30. Aku bersyukur kerana apepun aktiviti yg aku lakukan...badan aku masih mengeluarkan peluh..bermakna badan aku berfungsi dengan baik mengeluarkan toksin
31. Aku bersyukur kerana mempunyai abang yg berprofesion dlm bidang pelancongan...byk tempat aku dah tau...untuk melancong
32. AKu bersyukur..kad kredit aku belum sampai limit...
33. Aku bersyukur kerana meminati baju kurung...takdelah mahal nak tempah baju
34. Aku bersyukur kerana aku selalu bersyukur
35. Aku bersyukur ada org jeles dgn aku...itu menunjukkan aku lebih hebat dari dia..kalau tak nape dia nak jeles dgn aku kan
36. Aku besyukur kerana aku minat makan Spagheti dan Laksa...makanan itu terlalu senang untuk disediakan...
37. Aku bersyukur sebab minat minuman Teh O....at least, aku boleh kurangkan manisan susu
38. Aku bersyukur mempunyai adik dan adik ipar perempuan...senang nak berunding
39. Aku bersyukur sebab suami berkongsi minat yg sama dgn aku...Melancong!
40. Aku bersyukur sebab korang masih baca ape yg aku syukuri ini...
41. Aku bersyukur kerana dilahirkan di Pontian...kalau tak..aku tak tau sama ada aku akan kesana atau tak
42. Aku bersyukur sudah memiliki rumah sendiri...tak payah sewa lagi
43. Aku bersyukur ada 2nd car...Kancil..sgt berguna
44. Aku bersyukur sebab aku dah ada blog sendiri....
45. Aku bersyukur sebab tak allergic dgn seafood...sedap hape...rugi sape tak makan
46. Aku bersyukur dapat jiran org melayu...sebab aku cepat panas hati dengan bunyi salakan anjing..tapi aku bukan racist ok!
47. Aku bersyukur sebab berkulit putih...aku boleh sesuka hati memilih warna baju...
48. Aku bersyukur sebab memiliki muka yg tembam...itu faktor utama suami aku jatuh cinta pd aku..
49. Aku bersyukur..mak abah setuju dengan kehidupan aku sekarang
50. Aku bersyukur rumah aku ada org sewa...dan penyewa itu sgt baik...menjaga rumah aku seakan rumah dia sendiri..aku tak perlu risau
51. Aku bersyukur..suami bercita-cita nak belikan aku broandband celcom...itu sgt baik
52. Aku bersyukur suami sgt alert dgn tarikh2 istimewa...besday, anniversary...
53. Aku bersyukur kerana menjadikan pulau tioman destinasi honeymoonku yg pertama...sgt romantis...
54. Aku sgt bersyukur...suami sgt rajin...membantu tugas aku sebagai isteri..suami juga bijak menjadi pelbagai watak selain suami..dia juga kawan, teman dan sahabat yg paling setia
55. Aku bersyukur kerana boleh memandu....dan lulus ujian dengan sekali amik je..hebat kan
56. Aku bersyukur kerana kyra panggi aku amma...walaupun dah byk kali aku ajar...mama...lah..at least...dia kenal aku...
57. Aku bersyukur kerana ada adik ipar yg mahir dalam bidang kecantikan...dia dah ada salon sendiri..so, tak perlu risau lagi..treatment rambut, rebonding dan facial boleh dibuat dirumah sahaja...
58. Aku bersyukur mak mertua aku pandai buat rendang kelagi-lagi...tiap raya menjadi santapan aku..dan mak mertua aku pandai urut..lenguh2 badan..terseliuh...hulur je kat dia
59. Aku bersyukur..dapat member seunit yg sehati dgn aku...
60. Aku bersyukur Lisda dan fauzi menang sehati berdansa...diaorg mmg best kan...
61. Aku bersyukur Adik aku...dah jadi cikgu...
62. Aku bersyukur aku pernah di anugerahkan sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...at least ada yg menghargai segala penat lelah aku
63. Aku bersyukur sebab besday suami aku..26/3...time tu baru dpt gaji...
64. Aku bersyukur sebab aku bukan peniaga tegar..walaupun aku tau rezeki byk dlm bidang perniagaan tapi aku tak minat
65. Aku bersyukur mak jadi ahli zhulian...so, aku dpt beli dengan harga ahli je..dan aku tak allergic pakai brg zhulian tu
66. Aku bersyukur sebab Aku org Melaka...seangkatan dengan Rosyam Nor dan Remy Ishak...perghh
67. Aku bersyukur sebab pernah pegi Bali...percutian hebat yg pernah aku pegi..selain ke Singapura...15 tahun dulu
68. Aku bersyukur sebab datuk dan nenek sebelah mak aku berdarah cina...at least aku bermata sepet dan berkulit putih
69. Aku bersyukur kerana aku bertudung...perkara asas dlm ibadah aku...
70. Aku bersyukur bila kyra dah byk tumbuh gigi...tak perlu aku masak bubur pagi2 lagi...
71. Aku bersyukur sebab duduk kat Opis 3...aircond sejuk...rasa mcm dok kat kutub je
72. Aku bersyukur sebab aku dan suami satu tempat keje...kemana2 bersama...akan dtg..anak aku pun akan ke taska tempat aku keje...jadi kami ber3...bersama2 sentiasa
73. Aku bersyukur kerana menghadiri kursus induksi 5 tahun dulu...disitulah aku jatuh cinta
74. Aku bersyukur kerana membayar yuran ahli kelab bendahari...boleh join hari keluarga
75. Aku bersyukur kerana cida dah nak tunang + kawen tahun ni...takdelah kawan aku yg akan jadi andartu
76. Aku bersyukur kerana masih tidak membuat ape2 pinjaman peribadi
77. Aku bersyukur kerana dilindungi insuran MCIS dan Takaful...thanks dear...tlg bayarkan..
78. Aku bersyukur menjadi perempuan..boleh pakai tudung, pakai lipstik dan pakai kasut heel tinggi2...
79. Aku bersyukur...tempat keje aku byk melayu...dan sekali lagi..aku bukan racist!
80. Aku bersyukur kerana korang berjaya habiskan bacaan kesyukuran aku ni...sebenarnya byk lagi yg perlu aku syukurkan...cuma...biarlah kita sendiri menghargainya...

Andaikata aku diuji dan salah satu dari nikmat di atas ditarik, atleast aku masih ada 79 perkara untuk disyukuri. Kongsi kesyukuran korang kerana kesyukuran korang mampu jadi inspirasi untuk orang lain. So, apa yang korang syukuri?


Wednesday, December 31, 2008

Happy New Year...2009

Sekejap je masa berlalu...
2009 bermula esok...

antara azam2 aku utk tahun 2009;
1. Mengeratkan lagi kasih sayang dlm keluarga aku
2. Menambahkan saving untuk diri sendiri dan keluarga
3. Berusaha nak tambah famili...(anak)
4. nak jaga PARENTS mudah2an diaorg sihat dan dipjgkan umur
5. Nak beli rumah baru...
6. Nak kurus badan...(azam carry forward dari tahun lepas...yakin boleh!)
7. Nak naik pangkat...(kalau ada peluang..mesti cuba!)
8. Nak melancong luar negara (Melbourne...tiket AirAsia dah murah...)
9. NAK TAMBAH IBADAH..(taknak cicir solat, nak bykkan puasa sunat)
10. Nak hantar kyra pegi taska / nursery...
11. Nak jadi blogger yg tegar...

berita suka duka ke tahun 2009;
1. aku kena tukar unit...
2. Mak mertua aku nak pi haji...
3. Adik aku posting kat Mukah, Sarawak..(kesian dia...nak buat camne kan..)
4. Cida...nak tunang..kalau pjg jodoh.kawen tahun 2009 gak
5. Ujie nak dpt 2nd baby...

aku berharap akan byk berita gembira yg aku terima tahun 2009....
dan untuk semua blogger dan pembaca blog aku...SELAMAT TAHUN BARU...semoga tahun baru menjanjikan yg terbaik dari tahun sebelumnya...INSYAALLAH...

Selamat Tinggal Rozi...

Hampir terlupa aku nak share dengan korang semua...pasal member opis aku..Cik Rozi yang dah pun menamatkan khidmatnya di Pejabat aku....baru setahun kenal dia...dah pun berhenti...sedih aarrr....sebab aku selalu sakat dia...rozi a.k.a bihun...sebab suka sgt makan bihun...tgk badan la kan....hahahahhaha...jauh betul dia bertukar bidang...dari bidang kewangan sekarang ni join bidang perubatan lak...takpe2...rezeki ada dimana2 kan....

ni antara pic2 kenangan yg sempat disnap...
gambar atas tu..rozi dan jejaka2 tampan...cehhh...tampan konon...habis la korang...hilang sorang lg awek utk korang ngorat...kehkehkeh...
gambar bawah tu...rozi bersama perempuan2 solehah...jgn lupa nasihat2 kami yek..! tetiba alim lak aku...hahahahah....

takpe rozi...walau kat mana pun berada..kami semua akan tetap ingat segala kenangan bersama2...walaupun tak lama..tapi kita cukup serasi bergaul, berkawan, bermesra dan bergurau...mudahan2 kemesraan kekal sampai bila2...kawin jgn lupa ajak ye...

and..good luck!

Makan-makan @ KFC

Dah jadi amalan kat unit baru aku ni...kita beramai2 lunch / breakfast bersama2..time2 tak busy laaa...masa nilah kita bermesra...kan bagus..dptlah keje dgn aman...

so..kami set masa untuk lunch kat KFC....
pemilihan menu aku serahkan kat diaorg je...kalau kat KFC..ayam jelah...ape lagi kan...so..aku ikut jelah apepun pilihan diaorg...
lepas pilih menu..kami2 perempuan2 ni..tunggu je kat atas...boss dgn zam yg angkat makanan...boss aku mmg best...dia yg layan aku..hahahahaha...good boy!
dan..inilah pic2 diaorg yg sempat aku snap..? pic aku..? kenalah snap sendiri....mulakan makan dengan bacaan doa..then 1,2,3...makan...tunduk je makan...

apepun..aku mmg setuju dan sokong cara mcm ni...korang2, ajaklah boss korang join makan sesama...boleh kutuk habis2an...gerenti bos tak marah masa tu....hahahahaha

Tuesday, December 30, 2008

Mama Sejati

sebagai seorang ibu yg berkerjaya...cheewaaahh..inilah cabaran2 yg perlu aku tanggung....26/12 hari jumaat..,ramai member opis sambung cuti..dari khamis (cuti christmas) so, opis lengang...tiba2 lak pengasuh kyra mintak cuti...(terasa lak mcm boss)..sape nak jaga anak aku...????

discuss punya discuss...penyelesaiannya..aku kena bawak anak pi opis...dengan syarat...! jangan nak naughty2..ok...

kul..7.40...dengan mata leket2 tu..aku terus bawak pi opis..malas nak mandikan dia..sejukkk...ni pic antara kul 7.50 - 12.15 tghari,,,
cit..muka baru bangun tido..tapi kyra...sape tak kenal..semacam je dia...opis mama sejuk...kena pakai sweater...tgklah gaya2 dia..tak kira opis ke umah..semacam je diaaa...

nasib baik rehat untuk hari jumaat panjang...dptlah dia balik mandi..tido...dan ini pic antara kul 3.00 ptg - 5.00 ptg..sejuk gak..kenalah pakai jacketkan...
mcm2 dia usik...mesin fotostat, printer, almari2, pc aku...arrgghh..mcmana nak buat keje????
tak sangka..ada yg senasib dgn aku...dan kyra pun adalah kawan...buat seketika waktu aku rasa opis ni dah jadi ala2 nursery...

tu sebab aku suka keje kat sini...hahahahaha...tapi..amalan ni tak bagus..mana boleh bawak anak pi opis..tak baik..tak baik...

sesekali...terdesak..nak buat camne...!

Selamat Pengantin Baru, Fazila & Kamil

25/12/2008.....
tarikh ni amat bermakna untuk aku...5 tahun yg lepas (25/12/2003) hari perkahwinan aku, so...untuk tahun ni genaplah 5 tahun usia perkahwinan aku...alhamdulillah...

dan rupanya aku berkongsi tarikh bahagia ni dengan member department suami aku...Fazila dan Kamil...actually aku tak berapa rapat dgn diaorg ni...tapi sebab ada jemputan...kita wajib pegi...kan...
inilah yg sempat aku snap..dari jauh je...maklumlah..jadi raja sehari..berpusu2 org nak amik gambar dengan pengantin...dan..disebabkan pasangan ni member suami aku...so, takdelah muka aku bertepek kat sini..tapi kalau member aku....sure ada punyeeee....suami aku taknak...aku paksa gak..!
inilah souvenir dari keluarga pengantin...ohhh..ok..aku suka! lain dari yg lain...dlm minded aku dah tau ape nak buat dgn kotak mcm ni...hahahahha..
dan ini antara pic2 yg menarik perhatian aku kat umah pengantin...pokok nenas, butterfly & flower...kiut kan...dan suami aku dengan selambanya ckp.."mcm tak pernah tengok"....ahaaakksss...sukahatilahkannnnnn....

oklah...kepada pasangan ini...SELAMAT PENGANTIN BARU....
semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir usia...InsyaAllah...

Wednesday, December 24, 2008

Last Part..My Holiday

seronok bercuti kali ni...walaupun setakat kat KL je...tapi aku teruja..sebab byk brg aku nak beli...esp kain pasang...rasa dah lama aku tak tukar baju baru pi keje tau...

so, husband suggest ronda2 kat masjid india...bagus idea tu..tapi yg menyampahnye..jalan sesak..dan susah cari parking...
suami aku...very the sabar ok....rileks je dia...
anak mama pun rileks kan...nasib baik tak meragam..sebab kalau dia meragam..dengan aku dengan abah dia...akan hilang sabar....
setelah puas meredah jalan sesak tu...pusing2 cari parking...barulah boleh jalan2...dan-dan terpikir..."nasib baik la aku tak keje kat area KL ni...mmg tak sesuai dgn aku!
aku masuk mcm2 kedai kain...antaranya...horisons..(mahal giler!), euro moda (like ok gak laa..) kamdar (fesyen not uptodate)...lain2 kedai (ok-ok je, tapi tak berkenan) dan yg sesuai dengan jiwa raga aku...Nagoya..dekat sejam aku dok dlm kedai tu...cian suami aku...letih layan kerenah kyra...menjerit2 dia..seronok
tiba2 senyap..aku cari2 mana kyra dgn abah dia ni..rupa2nya dok tepi tangga..bg susu kat anak...(do u think my husband suami mithali.., YES..i agree) sgt2 sporting..siap pesan kat aku..."u takyah susah hati, tahulah i jaga dia..pegilah cari mana yg berkenan"..so sweet..! aku suka..!

puas hati dengan sales yg ada...suami ajak pi sogo..saje je...dah dekat kan...
ramai org..mcm2 gaya, macam2 rupa...
aku terus menuju ke lif...takleh rewang2 sebab aku ni tak kuat iman..takut jumpa yg lain terus tak hingat dunia...tkt 2..suami nak cari seluar...pastu ke tingkat 4..tmpt kanak2...
kyra mcm biasa...over excited...
tak byk pun shopping...duit dah terang..kad pun takleh sesuka hati guna..cukuplah tu...

anyway, thank you dear..I too happy in love with you...muuaaakksss...

Monday, December 22, 2008

Time to check out

Ahad, 21hb Dec kul 12.30...check out time....

wokey...sementara tungguh suami aku kat Lobi Hotel..sempat gak snap pic kyra..yg baru bangun tido..moody ok...takleh usik lgsg..sukahati dia je..dengan bantal busuk..puting...arrgghh...apelah kyra ni...
dan..aku mengabadikan wajah2 ceria aku...
semoga kebahagiaan ini berkekalan....InsyaAllah...

Siti Nurbaya & Mahathir